KORPORAT

PEMANGKIN UTAMA PELAN MY1Tone.XOX

Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) , sebuah Organisasi yang telah ditubuhkan pada tahun 1989. Keahlian PERBEKAS terdiri daripada bekas Anggota dan Pesara Kastam DiRaja Malaysia (KDRM). Objektif dan tujuan organisasi ini ditubuhkan adalah untuk menyatupadukan semua bekas anggota dan pesara KDRM untuk bernaung dibawah satu organisasi.

PERBEKAS sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk menerajui objektif - KEBAJIKAN DIUTAMAKAN, AKTIVITI DIPERTINGKATKAN selaras dengan wawasan dan inspirasi Y.A.B Perdana Menteri, yang berteraskan GAGASAN 1MALAYSIA – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan Kearah Menjana Transformasi.

PEMANGKIN UTAMA
PEMANGKIN BERSAMA
PEMANGKIN BERSAMA 

PEMANGKIN BERSAMA PELAN MY1Tone.XOX
Pemangkin Bersama lain yang telah melibatkan diri dan menyertai Pelan MY1Tone.XOX, Persatuan Veteran ATM Negeri Sarawak (PV ATM Swak), Otelo Telecommunications Sdn Bhd (Otelo Telecom), Voicehub Communiactions Sdn Bhd (Voicehubs) dan XOX Mobile Sdn Bhd.

PV ATM SWAK
Otelo Telecommunication Sdn. Bhd.
Voicehub Communication Sdn. Bhd.
XOX Mobile Sdn. Bhd.

PENGURUSAN PELAN MY1Tone.XOX

MY1Tone Mobile yang dilancarkan pada bulan Mac 2011, dan telah beroperasi melalui pejabat Otelo Telecom di I-City, Selangor Darul Ehsan. Atas perubahan semasa, maka pada bulan Jun 2012, pihak Otelo Telecom dengan kerjasama XOX Mobile telah membuat penambahbaikan dengan penjanamaan baharu iaitu MY1Tone.XOX, bagi menyedia perkhidmatan Panggilan murah lebih kompetitif dan Data internet mudah alih berkelajuan tinggi berkapasiti 3.5G sebagai elemen utama bagi menarik lebih ramai pengguna.

Bagi memantap dan melebarkan perancangan pemasaran perniagaan MY1Tone.XOX, maka pada Jun 2013Syarikat MY1Tone Sdn Bhd, yang beralamat di Subang Perdana, Selangor Darul Ehsan telah ditubuhkan. Pihak MY1Tone Sdn. Bhd, juga telah merangka dan menyediakan satu platform Perniagaan Alternatif bagi membuka peluang secaralebih terbuka kepada semua pihak yang berminat mengusahakan Perniagaan MY1Tone.XOX. Perancangan utama MY1Tone S.B adalah untuk melantik stokis-stokis daripada Pihak Organisasi dan juga Ejen Mobile di seluruh Malaysia.

Bagi memupuk perniagaan dan penjanaan secara lebih telus dan efektif, MY1Tone telah membangun Sistem Pangkalan Data dengan menyediakan satu laman Log Ahli melalui laman sesawang www.my1tone.my bagi penyelarasan dan pemantauan sistem yang lebih telus, efisien dan mantap. Ahli MY1Tone boleh Mendaftar keahlian baharu secara atas talian (on-line) dengan lebih mudah dan pantas, memeriksa perolehan insentif yang telah mereka usahakan secara harian dengan lebih telus, memeriksa perkembangan rangkaian keahlian baharu, memindah perolehan insentif (tunai) bulanan mereka ke akaun Bank masing-masing, dan juga boleh menjual perolehan insentif mereka sebagai tambah nilai (top-up) kepada ahli MY1Tone yang lain secara atas talian (on-line).

No comments:

Post a Comment